Welcome to Ruang Sempit Studio

Welcome to Ruang Sempit Studio

Tuesday, January 31, 2012

366 Project (Januari 2012)

Selangkah ke tahun 2012.
     Assalammualaikum, alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi berpeluang utk menulis blog dungu ni untuk tahun 2012. Selepas event Comic Fiesta 2011 yg lepas,takde event yg interesting pun aku lalui sampai la hari ni.Dengan kata lain, hidup aku makin boring ngan rutin harian yg sama berpusing2 bagai paradox setiap hari. So,merujuk pada laman sosial muka buku aku, aku dah buat 1 folder bertajuk 366 Project. Bukan project besar pun...tak menguntungkan sesapa pun...walopun tujuan dia "just for fun" tp aku ada matlamat. Sejak 2 menjak ni, aku merasakan skill drawing aku makin merundum.Seriussssy.....sbb sepanjang 2011,aku bnyk melukis guna teknik digital utk smua freelance job aku...Aku mula sedar skill aku da kurg masa aku lukis komik Spender Boy ari tu.Serius aku rasa drawing aku buruk giler...takde disiplin,tak kemas(sbb langsung tak pakai pembaris) & finishing pun aku rasa cam hampeh(siap silap typo lagik!). So,melalui 366 project ni, aku ngan harapan supaya dpt kembalikan skill drawing aku cam dulu balik(mcm time study dulu)...aku tak de la power sngt,tp kalo boleh "tangga" kejayaan yg aku naik skrg ni aku nk naik lagi sampai kemuncak....tujuan lain 366 project dicipta sbnrnya utk jadikan page FB aku tu tak boring(aku rasa fb tu makin lama makin boring).
     Apa itu 366 Project?Haaa...366 tu sbnrnya bersamaan dengan 366 hari dlm tahun 2012(februari ada 29 hari). Dlm masa yg sama, aku nk melukis sekurang2 nya satu(aku bnyk sketching dlm sehari tp aku pilih 1 jek) je sketch/scrap/drawing/painting & aku jdkan sbagai visual diari aku.So,nti tiap2 hari aku kumpul 1 drawing sehari & aku kumpul sampai 366 keping bersamaan 366 hari.Hahahaha....kalo siap sampai 366 keping,aku ada hasrat utk bukukan...hmm,tngok la nti mcm mana.
     Selain tu, disbbkan setahun ada 12 bulan,aku plan setiap bulan ada tema yg berbeza.Sbagai contoh tema utk bulan februari ni aku nk buat unplan komik.Bulan mac lak....(aku tak tau lagi).Ha..cam tu la lebih kurang.So,utk bulan januari,takde tema pun..random je,sekadar visual diari biasa sbgai permulaan 366 Project.Hmm..then,enjoy sketch/drawing/painting kat bwh aku da buat utk bulan Januari 2012. :)

Kat kalendar biasanya hari pertama kita kat petak pertama,Bermula nya hidup baru dngn azam baru utk 2012.

Studio art baru bersama Amirul Ruslan.
Pencemaran bunyi yg dtg dari rumah2 jiran.

Pelan studio baru & ofis Ruang Sempit Studio(kamar) yg baru.

Kami ramai2 makan Burger Mr.Junior.Sedap gak...mmg berbeza rasa nya.

Hari yg betul2 penat...sbb kurg tdo & kurg rehat.

Karekter baru dlm komik Spender Boy akan dtg...Mr.Panda.

Cover cadangan utk novel "Diari Seorang pemimpi"...freelance job dari Green Bow Production.

Dlm dilema antara nk buat atau tak cover Diari Seorang Pemimpi.

Hari terakhir 2 rakan seperjuangan Yat & Ika.Farewell...
Sepanjang hari meng"animasi"kan effect tornado.

Penghargaan pd sesapa yg beli komik Spender Boy Long Journey sbb  2nd printing dah SOLD OUT.

Tribute utk pakcik bwk 2 plastik besar berisi kertas(kelihatan di sekitar Kelana Jaya.

Aku beli cd lagu Monoloque dengan bangganya....very malaysian beb!

Seharian melayan dvd Ghost in the Shell sampai habis.

Thumbnail utk komik Spender Boy:Origin da siap.Dah sedia utk dikomikkan...

Perbualan antara Abby & Adi mengenai style tudung terkini.
Sekafar doodle utk dpt ilham short animation aku seterusnya.

Spender Boy gagal utk di"publish"kan sbb perkataan "Spender" je...BULLSHIT!

Trima kasih pada sesapa yg wish birthday aku....aku ditelenggami oleh sms2 wish korg.

Aku,Azz,Azie,Iruka & Roger layan wayang Underworld Awakening.

Ada sesapa tau mana nak carik Action Figure Pingu?Nak buat koleksi la...

Selamat menyambut Tahun Baru Cina pada rakan2 & kenalan yg berbangsa cina. :)
Parody Batman 1.

Parody Batman 2.

Noh Hujan  tunjukkan aku video clip Francisca Peters "Komputer Muzik".Menarik!

Hari keracunan makan paling paling dahsyat.

Dah lama tak jadi hijo cam hulk.Marah sngt nye pasal...

Teaser komik yg tak dirancang utk februari.

Tahniah Hafiz AF selepas bergelar Juara utk AJL 26.Kebanggaan Sarawak!
Komik 29 muka surat bertajuk "Satu Hari di bulan Februari" yg bermula tepat 1 februari ni.

     Merujuk pd painting(gamba utk hari ke 31/31 januari 2012),komik yang langsung tak dirancang jalan ceritanya,bergantung pada apa yg aku buat pada hari tu nti...tngok la cam mana,best ke tak best jln citer nya aku pun tak tau....yg aku tau nti komik ni komik yg boring.Haha...bermula 1 Februari 2012.Tngok la kat FB aku tu nti utk update. :)
     Tu je aku nk update....trima kasih kerana membaca. Sekian,Wassalam.

No comments:

Post a Comment