Welcome to Ruang Sempit Studio

Welcome to Ruang Sempit Studio

Friday, May 25, 2012

My Diary: MGCCON & Anugerah Pekomik 2012

Poster Anugerah Pekomik 2012

     Assalamualaikum & salam sejahtera. Update kali ni adalah kesinambungan mengenai event MGCCON & Anugerah Pekomik 2012 yg berlangsung pada 19 Mei & 20 Mei 2012 di KDU Damansara Kuala Lumpur. Sbnarnya aku agak lambat mengetahui perkembangan industri tanah air & aku hampir tak tau langsung pasal event ni. Pernah dengar "Anugerah Pekomik" yg berlangsung stiap tahun tp aku langsung tak ambik serius. Sehinggalah pada suatu hari(da lupa hari apa), pengerusi Pekomik iaitu En.Azhar Abdullah(Liga Pendekar & Pendekar Melayu Terakhir) kol aku & kata aku tercalon dlm 2 kategori anugerah & dari situ aku mula nampak sinar baru mengenai dunia komik yg aku rasa "baru" aku masuk ni. Tak sangka benda yg aku conteng hari2 tu leh bawak aku ke tahap ni. Agak terperanjat gak aku sbb aku masih lagi setahun jagung dalam dunia komik.
    Sebelum event tu,tak terfikir lak aku utk bukak booth & jual komik Spender Boy tu. Tapi kebetulan komik Spender Boy: Origin tu hampir siap(utk vol.1 la) & aku ambik kesempatan ni utk terbitkan sndri komik aku & print kan secara indie then aku panggil smua team mate Project FEAR  utk join event ni.

19 Mei 2012- Pagi tu aku hadapi sikit masalah sbb aku takde transpot utk ke event tu. Maklum la dok jauh(Setia Alam-Kuala Lumpur) Sepatutnya plan aku nk tumpang "Antu Komik" sementara dia ke tempat keja,so boleh la aku ambik komik2 kat ofis. Malang nya takde helmet yg available utk aku pakai. Then terpaksa kol Kudap(member) yg kebetulan selalu lalu kat area setia alam utk g keja.
    Aku tiba bersama Liana(team Project FEAR) agak lewat dlm kol 11 lebih camtu(event da start kol 10). Yang bestnya,time tngah kitorg set booth FEAR,blom sempat siap lagi dah ada org belek2 komik kitorg & terus beli. Sikit sebanyak buat aku senyum time tu (tp struggle gak sbb tak ready lagi).Alhamdulillah,hari pertama event, lebih dari separuh komik terjual. Aku da mula risau kalau2 komik aku abis time tu sbb risau hari esok nya takde komik utk dijual.
Komik aku Spender Boy Long Journey(2011) & Origin Vol.1(terbaru)
Komik Crossover Project FEAR & Spender Boy: Origin vol.1

Liana & aku kat booth Project FEAR pd hari pertama.Time ni komik Long Journey dah abis jual.



Booth Inspidea sngt menarik ngan konsep Heroes & Villains.

20 Mei 2012-Hari kedua & terakhir ni pun aku dtg lambat gak..ahaha silap aku bngun lewat. Kali ni aku dtg dengan Iqa merangkap peneman aku time event ni sbb yg lain2 tk dpt join. Tp sepatutnya sorg lgi member, Ili terpaksa tarik diri di saat2 akhir sbb sesat masa otw ke KDU.
     Permulaan yg baik juga hari ni sbb belum ada apa2 lgi dah ada org beli komik aku, hehe....padahal komik tinggal beberapa keping je...itu pun aku dah tapis2 org yg tempah  & terpaksa utamakan org yg dah bayar. Yg belum bayar tu sori la komik anda terpaksa aku jual dulu....tunggu aku print balik smula nti aku update ya.hehe....
    Anugerah Pekomik 2012 berlangsung ari ni & aku tercalon dlm 2 kategori iaitu komik amatur terbaik & penulis terbaik.

Komik Spender Boy: Long Journey terpamer....

Finalis2 utk kategori Komik Amatur terbaik.Actually,yg lain semua nya da pro.aku sorg je yg masih amatur.

2 pages dari komik Spender Boy: Long Journey yg terpamer...

Finalis2 utk kategori Penulis Terbaik.
    Walaupun aku tak menang mana2 kategori,aku tak rasa kecewa sngt pun sbb lawan2 aku smuanya da otai2...tak terkapai tangan tu. Aku rasa sngt bangga sbb ter"list" bersama2 otai2 ni. mmg menaik kan semangat aku utk buat komik lagi selepas ni ngan penuh serius.
    Booth Project FEAR terpaksa tutup awal (kol 4.30pm) sbb komik2 da abis terjual (sold out)& tak tau nk jual apa da time tu.So, aku ambik kesempatan tu pegi jalan2 satu dewan,berjumpa ngan artist2 komik & ambik gambar.

Komik Spender Boy Origin Vol.1 yg terakhir time tu.

Bersama Zamzami....kat belakang tu kartunis Tembakau.

Bersama legend Aie Sulong & Sireh.

Bersama artist2 komik dari PTS.

Bersama Che Iqa bergambar dengan cover komik Spender Boy yg terpamer.

Bersama Pelukis Komik Terbaik iaitu OREN.

Bersama Aimo....1st time bertegur sapa.
     Event MGCCON kali ni mmg best sbb komik aku SOLD OUT lagiiiii...haha. Ofcoz la aku bngga sbb rata2 rmi yg berpuas ati pas baca komik Spender Boy: Origin vol.1 aku tu walopun citer nye tak abis. Vol.2 Insyaallah akan kuar dlm 3 ke 4 bulan lagi.Harap bersabar la ye.Hehe....dngan ini aku ambik kesempatan utk mengucapkan jutaan terima kasih kat pembeli2,pd sesiapa yg sentiasa menyokong aku,rakan2 perjuangan & tidak lupa pada En.Azhar Abdullah sbb membuka mata aku supaya terus menghasilkan komik secara serius.Terima kasih bnyk2... :)
Sekian,Wassalam....

Sunday, May 13, 2012

Spender Boy:Origin vol.1 dah siap!


     Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, siri komik Spender Boy diterus kan & Spender Boy: Origin Vol.1 dah siap & mula jual pada 19 Mei 2012 sempena Anugerah Pekomik 2012 di KDU Damansara Kuala Lumpur (19 & 20 Mei 2012).
     Seperti yg sedia maklum, cerita SB:OV1 ni adalah prequel kepada Spender Boy: Long Journey (SB:LJ). Mengisahkan tentang bagaimana Nabil (nama sebenar Spender Boy) mula2 bertemu dngan Lucky (nama kucing yg dia cari dlm SB:LJ). Dlm SB:OV1 ni semua persoalan(yg korg tak abis2 tanya) dlm SB:LJ terjawab & kalo nak tau jawapan nya, beli la komik ni.hahaha...
     Kat bawah adalah beberapa gambar preview pasal SB:OV1 ni....

Cover depan komik SB:OV1

Spender Boy jumpa Fairuz utk pinjam kereta RC.

Spender Boy balas dendam kat The Bullies(Pigtail,Skinny & Soft Ball).

Mr.Panda turun ke Kampung Nangka utk menangkap Lucky.

     Sengaja aku bahagi kan siri komik origin ni kepada dua sbb citer nya terlalu panjang(bagi aku la sbb aku yg penat lukis semua). Untuk vol.1,sebagai "intro" pasal siapa sbnrnya Spender Boy & kaitan nya dngan Lucky. Selebihnya bgaimana Spender Boy mula2 menjadi "Spender Boy". So,utk Vol.2 nanti (Insyaallah),aku menjanjikan banyk aksi + lebih DARK + lebih serius + aku akan buat lebih BAD ASS.Aku plan Vol.2 ni akan kuar & jual pada event Comic Fiesta 2012 nti Insyaallah. Kat bawah ni aku tunjuk sekali gamba teaser pasal Spender Boy: Origin Vol.2 .

Spender Boy: Origin Vol.2 (teaser)

     Haa...sebelum tu komik SB:OV1 dah boleh ditempah sekarang & mula dihantar pada 17 Mei 2012(khamis). RM10 je senaskah...& just tambah RM5 utk shipping(pd sesapa yg tempah aku melalui post & aku hantar guna post laju). So, sila email aku nama penuh,no.telefon & alamat surat-menyurat korg(pastikan alamat betul ya) di pakngahalipz@yahoo.com.my atau inbox je kat page Facebook(pakngahalipz Bin Omar) aku. Selebihnya nti boleh runding lagi.Tu je aku nk update setakat ni...enjoy! Peace no war....
Sekian,terima kasih... :)