Welcome to Ruang Sempit Studio

Welcome to Ruang Sempit Studio

Monday, December 31, 2012

Komik Project F.E.A.R & Spender Boy:Origin di CF 2012




      Assalamualaikum, salam sejahtera. Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku maseh sempat meng"update" blog ni yg aku rasakan mmg agak lama aku tak bukak. Bz giler aku tahun 2012 ni,mmg takde masa aku nk update. Tu nti2 la aku citer nape aku bz,malas nk citer bnyk utk update kali ni. NOBODY CARE pun....
     Semenjak event MGCCon bulan May lepas, komik Spender Boy: Origin Vol.2 aku siapkan sampai bulan October & dah terjual pd event Comic Fiesta 2012 di KLCC (22 & 23 Dec) lepas. Komik Spender Boy aku print 3 kali ganda lebih bnyk dari tahun lepas (konon nya kali ni taknak sold out cepat sngt) tp sold out jugak (termasuk artbook Project FEAR: Malay Steampunk). Terima kasih pada pengunjung2 booth yg sudi beli komik kami...Hehe

Komik Spender Boy & Artbook Project FEAR:Malay Steampunk
     Untuk event Comic Fiesta kali ni adalah event paling sukses untuk team Project FEAR kali ni sbb buat pertama kalinya artbook utk tahun 2012 ni sold out (print lebih bnyk dari tahun2 sebelumnya). Walopun hanya 3 org (Pakngah,YangChik & Org3belas) contribute utk artbook kali ni,tp tu tak mematahkan smngt ktorg utk berkarya.Hehe...ceh..Insyaallah,utk event akan dtg, ktorg akan buat yg lebih baik lagi.:)

Handmade miniature polymer clay oleh Yangchik & kwnnya.

Bergambar bersama Sarah Joan Mokhtar.....idola aku.

Org3belas & Yangchik tunjuk artbook Project FEAR:Malay Steampunk.

Komik Spender Boy:Origin vol.2 aku sempat ambik sblum abis terjual.

Cover depan Spender Boy: Origin Vol.2 ...aku lupa la nk promote komik ni kat blog ni.ptuih!
Antara babak Spender Boy dikejar Mr.Panda.






80% jalan citer dlm vol.2 ni bnyk aksi & kejar mengejar.

Oh ya,berbeza ngan tahun lepas,komik spender boy kali ni ada versi english.
Apa agak2 jalan citer seleps vol.2 ni ek?
      Selepas baca komik Spender Boy: Origin Vol.2 ni, ramai yg bertanya..."Citer Spender Boy ni dah abis ke? Nape ending dia mc ada sambungan lagi je nih?" Ofcoz la,komik Spender Boy: Long Journey tu la sambungan nye.Siri Origin tu kan citer prequel utk Long Journey tu(untuk pengetahuan,siri Origin dah tamat,so takde vol.3)....so,ada yg tak puas ati lg tu & tanya "Eh,ada sambungan tak lepas ni?....& aku jawab, ofcoz la ada sambungan....ending citer Long Journey kan ada sebut "Spender Boy akan kembali dalam URBAN GUARD". Ya...SEQUEL citer Spender Boy pas ni bertajuk URBAN GUARD. Nantikan sambungannya utk tahun 2013 ni. :) Wassalam...

P.S: Untuk tahun 2013 ni aku harap aku tak bz sngt & aku akan update blog ni sekerap yg bleh.Harap maklum....




Friday, May 25, 2012

My Diary: MGCCON & Anugerah Pekomik 2012

Poster Anugerah Pekomik 2012

     Assalamualaikum & salam sejahtera. Update kali ni adalah kesinambungan mengenai event MGCCON & Anugerah Pekomik 2012 yg berlangsung pada 19 Mei & 20 Mei 2012 di KDU Damansara Kuala Lumpur. Sbnarnya aku agak lambat mengetahui perkembangan industri tanah air & aku hampir tak tau langsung pasal event ni. Pernah dengar "Anugerah Pekomik" yg berlangsung stiap tahun tp aku langsung tak ambik serius. Sehinggalah pada suatu hari(da lupa hari apa), pengerusi Pekomik iaitu En.Azhar Abdullah(Liga Pendekar & Pendekar Melayu Terakhir) kol aku & kata aku tercalon dlm 2 kategori anugerah & dari situ aku mula nampak sinar baru mengenai dunia komik yg aku rasa "baru" aku masuk ni. Tak sangka benda yg aku conteng hari2 tu leh bawak aku ke tahap ni. Agak terperanjat gak aku sbb aku masih lagi setahun jagung dalam dunia komik.
    Sebelum event tu,tak terfikir lak aku utk bukak booth & jual komik Spender Boy tu. Tapi kebetulan komik Spender Boy: Origin tu hampir siap(utk vol.1 la) & aku ambik kesempatan ni utk terbitkan sndri komik aku & print kan secara indie then aku panggil smua team mate Project FEAR  utk join event ni.

19 Mei 2012- Pagi tu aku hadapi sikit masalah sbb aku takde transpot utk ke event tu. Maklum la dok jauh(Setia Alam-Kuala Lumpur) Sepatutnya plan aku nk tumpang "Antu Komik" sementara dia ke tempat keja,so boleh la aku ambik komik2 kat ofis. Malang nya takde helmet yg available utk aku pakai. Then terpaksa kol Kudap(member) yg kebetulan selalu lalu kat area setia alam utk g keja.
    Aku tiba bersama Liana(team Project FEAR) agak lewat dlm kol 11 lebih camtu(event da start kol 10). Yang bestnya,time tngah kitorg set booth FEAR,blom sempat siap lagi dah ada org belek2 komik kitorg & terus beli. Sikit sebanyak buat aku senyum time tu (tp struggle gak sbb tak ready lagi).Alhamdulillah,hari pertama event, lebih dari separuh komik terjual. Aku da mula risau kalau2 komik aku abis time tu sbb risau hari esok nya takde komik utk dijual.
Komik aku Spender Boy Long Journey(2011) & Origin Vol.1(terbaru)
Komik Crossover Project FEAR & Spender Boy: Origin vol.1

Liana & aku kat booth Project FEAR pd hari pertama.Time ni komik Long Journey dah abis jual.



Booth Inspidea sngt menarik ngan konsep Heroes & Villains.

20 Mei 2012-Hari kedua & terakhir ni pun aku dtg lambat gak..ahaha silap aku bngun lewat. Kali ni aku dtg dengan Iqa merangkap peneman aku time event ni sbb yg lain2 tk dpt join. Tp sepatutnya sorg lgi member, Ili terpaksa tarik diri di saat2 akhir sbb sesat masa otw ke KDU.
     Permulaan yg baik juga hari ni sbb belum ada apa2 lgi dah ada org beli komik aku, hehe....padahal komik tinggal beberapa keping je...itu pun aku dah tapis2 org yg tempah  & terpaksa utamakan org yg dah bayar. Yg belum bayar tu sori la komik anda terpaksa aku jual dulu....tunggu aku print balik smula nti aku update ya.hehe....
    Anugerah Pekomik 2012 berlangsung ari ni & aku tercalon dlm 2 kategori iaitu komik amatur terbaik & penulis terbaik.

Komik Spender Boy: Long Journey terpamer....

Finalis2 utk kategori Komik Amatur terbaik.Actually,yg lain semua nya da pro.aku sorg je yg masih amatur.

2 pages dari komik Spender Boy: Long Journey yg terpamer...

Finalis2 utk kategori Penulis Terbaik.
    Walaupun aku tak menang mana2 kategori,aku tak rasa kecewa sngt pun sbb lawan2 aku smuanya da otai2...tak terkapai tangan tu. Aku rasa sngt bangga sbb ter"list" bersama2 otai2 ni. mmg menaik kan semangat aku utk buat komik lagi selepas ni ngan penuh serius.
    Booth Project FEAR terpaksa tutup awal (kol 4.30pm) sbb komik2 da abis terjual (sold out)& tak tau nk jual apa da time tu.So, aku ambik kesempatan tu pegi jalan2 satu dewan,berjumpa ngan artist2 komik & ambik gambar.

Komik Spender Boy Origin Vol.1 yg terakhir time tu.

Bersama Zamzami....kat belakang tu kartunis Tembakau.

Bersama legend Aie Sulong & Sireh.

Bersama artist2 komik dari PTS.

Bersama Che Iqa bergambar dengan cover komik Spender Boy yg terpamer.

Bersama Pelukis Komik Terbaik iaitu OREN.

Bersama Aimo....1st time bertegur sapa.
     Event MGCCON kali ni mmg best sbb komik aku SOLD OUT lagiiiii...haha. Ofcoz la aku bngga sbb rata2 rmi yg berpuas ati pas baca komik Spender Boy: Origin vol.1 aku tu walopun citer nye tak abis. Vol.2 Insyaallah akan kuar dlm 3 ke 4 bulan lagi.Harap bersabar la ye.Hehe....dngan ini aku ambik kesempatan utk mengucapkan jutaan terima kasih kat pembeli2,pd sesiapa yg sentiasa menyokong aku,rakan2 perjuangan & tidak lupa pada En.Azhar Abdullah sbb membuka mata aku supaya terus menghasilkan komik secara serius.Terima kasih bnyk2... :)
Sekian,Wassalam....

Sunday, May 13, 2012

Spender Boy:Origin vol.1 dah siap!


     Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah, siri komik Spender Boy diterus kan & Spender Boy: Origin Vol.1 dah siap & mula jual pada 19 Mei 2012 sempena Anugerah Pekomik 2012 di KDU Damansara Kuala Lumpur (19 & 20 Mei 2012).
     Seperti yg sedia maklum, cerita SB:OV1 ni adalah prequel kepada Spender Boy: Long Journey (SB:LJ). Mengisahkan tentang bagaimana Nabil (nama sebenar Spender Boy) mula2 bertemu dngan Lucky (nama kucing yg dia cari dlm SB:LJ). Dlm SB:OV1 ni semua persoalan(yg korg tak abis2 tanya) dlm SB:LJ terjawab & kalo nak tau jawapan nya, beli la komik ni.hahaha...
     Kat bawah adalah beberapa gambar preview pasal SB:OV1 ni....

Cover depan komik SB:OV1

Spender Boy jumpa Fairuz utk pinjam kereta RC.

Spender Boy balas dendam kat The Bullies(Pigtail,Skinny & Soft Ball).

Mr.Panda turun ke Kampung Nangka utk menangkap Lucky.

     Sengaja aku bahagi kan siri komik origin ni kepada dua sbb citer nya terlalu panjang(bagi aku la sbb aku yg penat lukis semua). Untuk vol.1,sebagai "intro" pasal siapa sbnrnya Spender Boy & kaitan nya dngan Lucky. Selebihnya bgaimana Spender Boy mula2 menjadi "Spender Boy". So,utk Vol.2 nanti (Insyaallah),aku menjanjikan banyk aksi + lebih DARK + lebih serius + aku akan buat lebih BAD ASS.Aku plan Vol.2 ni akan kuar & jual pada event Comic Fiesta 2012 nti Insyaallah. Kat bawah ni aku tunjuk sekali gamba teaser pasal Spender Boy: Origin Vol.2 .

Spender Boy: Origin Vol.2 (teaser)

     Haa...sebelum tu komik SB:OV1 dah boleh ditempah sekarang & mula dihantar pada 17 Mei 2012(khamis). RM10 je senaskah...& just tambah RM5 utk shipping(pd sesapa yg tempah aku melalui post & aku hantar guna post laju). So, sila email aku nama penuh,no.telefon & alamat surat-menyurat korg(pastikan alamat betul ya) di pakngahalipz@yahoo.com.my atau inbox je kat page Facebook(pakngahalipz Bin Omar) aku. Selebihnya nti boleh runding lagi.Tu je aku nk update setakat ni...enjoy! Peace no war....
Sekian,terima kasih... :)

Sunday, February 19, 2012

Spender Boy: Origin teaser

     Assalamualaikum...ada skit update pasal komik Spender Boy.Teaser 5 muka surat sengaja aku dedahkan....Hahahaha...enjoy.

Page 1

Page 2

Page 3

Page 4

Page 5
     Spender Boy kembali lagi dlm Spender Boy: Origin. Bukan sequel sepertimana aku plan sblum ni ye..tp citer kali ni adalah prequel.Citer sebelum kisah Long Journey bermula.Bukan apa,komik "Spender Boy: Long Journey" aku buat sblum ni seriusly aku berani cakap sngt SUCK!!!....without this Origin.Hahaha....Merujuk pd teaser 5 muka surat di atas,page 1 sengaja aku buat guna photoshop.Tp page seterusnya aku guna drawing manual balik sbb merasakan buat komik guna photoshop 100% tak best.Cam takde feel....terlalu "kosong",so aku end up guna manual & segalanya kembali normal.
     Walaubagaimanapun, komik ni belum siap lagi,tngah on going.Insyaallah ujung bulan 3 atau 4,ntah la.Nanti2 aku update lagi.Pasal sequel,aku akan buat selepas Origin ni siap dulu....bukan takde langsung tau...aku dah siapkan thumbnail sketch seblum aku buat thumbnail utk origin ni lagi.
     Ok la,nti2 aku update lagi.Cakap bnyk nti takut aku bagi spoiler lak.Saja aku nk bagi suspen.Hahahaa
Sekian,Wassalam.

Tuesday, January 31, 2012

366 Project (Januari 2012)

Selangkah ke tahun 2012.
     Assalammualaikum, alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku masih lagi berpeluang utk menulis blog dungu ni untuk tahun 2012. Selepas event Comic Fiesta 2011 yg lepas,takde event yg interesting pun aku lalui sampai la hari ni.Dengan kata lain, hidup aku makin boring ngan rutin harian yg sama berpusing2 bagai paradox setiap hari. So,merujuk pada laman sosial muka buku aku, aku dah buat 1 folder bertajuk 366 Project. Bukan project besar pun...tak menguntungkan sesapa pun...walopun tujuan dia "just for fun" tp aku ada matlamat. Sejak 2 menjak ni, aku merasakan skill drawing aku makin merundum.Seriussssy.....sbb sepanjang 2011,aku bnyk melukis guna teknik digital utk smua freelance job aku...Aku mula sedar skill aku da kurg masa aku lukis komik Spender Boy ari tu.Serius aku rasa drawing aku buruk giler...takde disiplin,tak kemas(sbb langsung tak pakai pembaris) & finishing pun aku rasa cam hampeh(siap silap typo lagik!). So,melalui 366 project ni, aku ngan harapan supaya dpt kembalikan skill drawing aku cam dulu balik(mcm time study dulu)...aku tak de la power sngt,tp kalo boleh "tangga" kejayaan yg aku naik skrg ni aku nk naik lagi sampai kemuncak....tujuan lain 366 project dicipta sbnrnya utk jadikan page FB aku tu tak boring(aku rasa fb tu makin lama makin boring).
     Apa itu 366 Project?Haaa...366 tu sbnrnya bersamaan dengan 366 hari dlm tahun 2012(februari ada 29 hari). Dlm masa yg sama, aku nk melukis sekurang2 nya satu(aku bnyk sketching dlm sehari tp aku pilih 1 jek) je sketch/scrap/drawing/painting & aku jdkan sbagai visual diari aku.So,nti tiap2 hari aku kumpul 1 drawing sehari & aku kumpul sampai 366 keping bersamaan 366 hari.Hahahaha....kalo siap sampai 366 keping,aku ada hasrat utk bukukan...hmm,tngok la nti mcm mana.
     Selain tu, disbbkan setahun ada 12 bulan,aku plan setiap bulan ada tema yg berbeza.Sbagai contoh tema utk bulan februari ni aku nk buat unplan komik.Bulan mac lak....(aku tak tau lagi).Ha..cam tu la lebih kurang.So,utk bulan januari,takde tema pun..random je,sekadar visual diari biasa sbgai permulaan 366 Project.Hmm..then,enjoy sketch/drawing/painting kat bwh aku da buat utk bulan Januari 2012. :)

Kat kalendar biasanya hari pertama kita kat petak pertama,Bermula nya hidup baru dngn azam baru utk 2012.

Studio art baru bersama Amirul Ruslan.
Pencemaran bunyi yg dtg dari rumah2 jiran.

Pelan studio baru & ofis Ruang Sempit Studio(kamar) yg baru.

Kami ramai2 makan Burger Mr.Junior.Sedap gak...mmg berbeza rasa nya.

Hari yg betul2 penat...sbb kurg tdo & kurg rehat.

Karekter baru dlm komik Spender Boy akan dtg...Mr.Panda.

Cover cadangan utk novel "Diari Seorang pemimpi"...freelance job dari Green Bow Production.

Dlm dilema antara nk buat atau tak cover Diari Seorang Pemimpi.

Hari terakhir 2 rakan seperjuangan Yat & Ika.Farewell...
Sepanjang hari meng"animasi"kan effect tornado.

Penghargaan pd sesapa yg beli komik Spender Boy Long Journey sbb  2nd printing dah SOLD OUT.

Tribute utk pakcik bwk 2 plastik besar berisi kertas(kelihatan di sekitar Kelana Jaya.

Aku beli cd lagu Monoloque dengan bangganya....very malaysian beb!

Seharian melayan dvd Ghost in the Shell sampai habis.

Thumbnail utk komik Spender Boy:Origin da siap.Dah sedia utk dikomikkan...

Perbualan antara Abby & Adi mengenai style tudung terkini.
Sekafar doodle utk dpt ilham short animation aku seterusnya.

Spender Boy gagal utk di"publish"kan sbb perkataan "Spender" je...BULLSHIT!

Trima kasih pada sesapa yg wish birthday aku....aku ditelenggami oleh sms2 wish korg.

Aku,Azz,Azie,Iruka & Roger layan wayang Underworld Awakening.

Ada sesapa tau mana nak carik Action Figure Pingu?Nak buat koleksi la...

Selamat menyambut Tahun Baru Cina pada rakan2 & kenalan yg berbangsa cina. :)
Parody Batman 1.

Parody Batman 2.

Noh Hujan  tunjukkan aku video clip Francisca Peters "Komputer Muzik".Menarik!

Hari keracunan makan paling paling dahsyat.

Dah lama tak jadi hijo cam hulk.Marah sngt nye pasal...

Teaser komik yg tak dirancang utk februari.

Tahniah Hafiz AF selepas bergelar Juara utk AJL 26.Kebanggaan Sarawak!
Komik 29 muka surat bertajuk "Satu Hari di bulan Februari" yg bermula tepat 1 februari ni.

     Merujuk pd painting(gamba utk hari ke 31/31 januari 2012),komik yang langsung tak dirancang jalan ceritanya,bergantung pada apa yg aku buat pada hari tu nti...tngok la cam mana,best ke tak best jln citer nya aku pun tak tau....yg aku tau nti komik ni komik yg boring.Haha...bermula 1 Februari 2012.Tngok la kat FB aku tu nti utk update. :)
     Tu je aku nk update....trima kasih kerana membaca. Sekian,Wassalam.